31.10.08

Dokumentasi pencarian bunyi eksperimentasi elektrik yang berkomposisi


Ini adalah percubaan untuk memuaturun apa yang terhajat dihati semenjak berberapa ketika yang lalu. Berbelas tahun saya didalam pencarian sesuatu yang mungkin dianggap sebagai amat asing khasnya didalam konteks tempatan.
 
" - sejajar dengan tahun ‘siber’ 2000, kerana semenjak kecil lagi, saya sememangnya tidak sabar untuk sampai pada tahun itu." 

Penulisan didalam format laman jaringan dokumen (bLog) ini adalah hasil daripada pencarian yang baru bermula daripada berberapa inspirasi dan aspirasi semenjak tahun 1996. 

Saya bukannya seorang penyusun bunyian dan bukannya seorang penjual apa-apa komoditi, sebaliknya ini adalah lebih kepada minat terhadap sesuatu yang baru. Terutamanya bagi bunyian yang sejajar dengan tahun ‘siber’ 2000, kerana semenjak kecil lagi, saya sememangnya tidak sabar untuk sampai pada tahun itu. 

Kenapa?, Kerana saya dimanipulasi untuk mempercayai bahawasanya, pada masa itulah kenderaan-kendaraan akan terbang bersimpang siur di ruang angkasa diantara pencakar-pencakar langit besi dan aluminium, robot juga akan berjalan seiringan dengan manusia dan juga fesyen-fesyen yang diperagakan akan menggunakan pelbagai fabrik yang berkilauan. 

Saya bertanyakan kepada diri sendiri, “Hey, apakah agaknya bunyian ‘muzik’ pada ketika itu?. Kini, pada tahun 2006, dan saya rasa (kah kah kah) saya tidak perlu *ehmmm, menulis apakah yang sedang berlangsungnya sekarang..Khasnya bunyian daripada corong-corong radio tempatan hari ini. Penulisan ini juga tidak berkaitan dengan apakah bunyi-bunyi elektrik lain yang dianggap sebagai terkini dan dijadikan sebagai bahan tarian. 
 
Jangan tersalah anggap, saya membesar berlatarkan bunyian hiruk bisingan ‘Grunge -Seattle’ yang tiba-tiba terhenti dan hilang apabila idola saya telah mengambil keputusan untuk ‘bersara’ dengan meletupkan hidupnya dengan senjata. Didalam mencari jawapan kepada persoalan, 

“Hey, apakah selanjutntya selepas ini?”, ‘asas’ saya masih lagi selesa didalam bunyian elektrik yang agaknya masih boleh diterjuni daripada pentas persembahan dan yang mampu menggerakan kepala saya mengikuti tempo hentakan ‘gendang’.


“Hey, bagaimana pula dengan konteks tempatan. Wujudkah bunyi-bunyian ini?”. 

Persoalan saya terjawab diluar konteks tempatan, dimana pelbagai label dan artis yang menghasilkan pelbagai bunyi-bunyian baru berelektirk samada yang berkomposisi dan juga tidak berkomposisi. Pencarian saya tidak semestinya perlu memfokuskan skop luaran daripada konteks saya kerana ternyata ianya telah didokumenkan oleh ‘orang luar’. 

Dengan berpandukan, “Hey, bagaimana pula dengan konteks tempatan. Wujudkah bunyi-bunyian ini?”. Perjalanan dokumentasi ini akan dimulakan.
 
‘Itu sahaja’ dan semestinya ‘bukan itu sahaja’ , yaa?.
 
Selamat mendengar,
.
wm


..........................................
*I wrote this years ago as an introduction for a Music Blog which never really took off for tons of reasons. I feel compel to restarting it all over again, which somehow have find its way into the Asasku blog (which are all design related).


10.10.08

lucky number 30



click image to view overall poster
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...